HomeUtamaMAHA 2022 kini diperingkat akhir, sedia terima pengunjung

MAHA 2022 kini diperingkat akhir, sedia terima pengunjung

Read Time:1 Minute, 28 Second

SERDANG : Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kini sedang dalam persiapan akhir sebelum menerima ratusan ribu pengunjung bermula 4 Ogos ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ketika ini persiapan di tapak bagi penganjuran MAHA 2022 menghampiri 100 peratus dan semua yang terlibat sedang bertungkus-lumus menyiapkan booth-booth pameran masing-masing.

Katanya, beliau berpuas hati melihat persiapan yang dibuat dan yakin pameran yang akan berlangsung hingga 14 Ogos nanti akan berjalan dengan jayanya.

“Saya dimaklumkan akan ada MoU ditandatangani oleh sembilan pemain industri domestik dan juga teknologi daripada luar yang dijangka melibatkan pelaburan melebihi RM4 bilion.

“Jadi, kesemuanya akan berlaku sepanjang 11 hari MAHA dianjurkan pada kali ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Media Tour MAHA 2022 di MAEPS di sini, hari ini.

Turut serta pada progran berkenaan, Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Menurut Ronald lagi, sambutan terhadap MAHA pada kali ini amat menggalakkan dan ia sudah tentu akan menjadi satu ekspo yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua pameran akan menjadi tumpuan ramai terutama di tapak pameran sawah padi di Laman Padi.

Katanya, bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sektor perikanan dan akuakultur pula, mereka boleh berkunjung ke Laman Perikanan.

“Kesemua pameran ini ada tarikan yang tersendiri…ia bergantung kepada pengunjung apa yang mereka hendak tengok, apa yang mereka hendak fahami tentang sektor pertanian ini.

“Jadi, bagi saya semua laman pameran yang diadakan ini mempunyai tarikan-tarikan, tentu sekali terpulang kepada pengunjung,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap agar pengunjung dapat mengunjungi kesemua lapan laman yang disediakan melibatkan 22 segmen tersediri.

Jelasnya, pengunjung-pengunjung perlu meluangkan masa untuk mengunjungi setiap satu laman yang disediakan bagi mendapat kepuasan yang berbeza.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular