HomeIsu tempatanPelajar Seni Kulinari bentang inovasi makanan di persidangan Turkiye

Pelajar Seni Kulinari bentang inovasi makanan di persidangan Turkiye

Read Time:1 Minute, 4 Second

KENINGAU: Pasukan pelajar Seni Kulinari Kolej Vokasional Keningau yang terdiri dari tiga pelajar telah membentangkan inovasi makanan pasta di persidangan dalam talian International Conference on Social Sciences & Humanities anjuran Sivas University of Science and Technology, Turkiye, pada 19 Julai baru-baru ini.

Tiga pelajar iaitu Che Ahmad Zhaqwan Che Zaki, Chrisvee Neville Juhulis dan Muhamad Haniff Elham Rinduan merupakan delegasi Malaysia semasa persidangan tersebut yang dihadiri oleh delegasi dari 15 buah negara.

Rakaman pembentangan pasukan pelajar Seni Kulinari KVK boleh ditonton melalui pautan berikut:

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin berkata, makanan yang mereka bentangkan merupakan sejenis pasta yang berbeza dari pasta yang biasa dihidangkan dengan menggunakan dua jenis sayur sebagai bahan utama iaitu bayam dan keladi.

“Inovasi ini dihasilkan memandangkan masyarakat kurang memberi perhatian kepada nutrisi makanan yang diambil dan hanya mengutamakan rasa dan rupa bentuk makanan. Justeru itu, pasta ini dihasilkan untuk menggalakkan masyarakat agar mengambil makanan yang lebih sihat.

“Pasta ini juga mengandungi kandungan nutrisi yang tertinggi kerana ianya berasaskan sayur bayam dan produk ini kelihatan lebih menarik dari aspek visual, warna ungu iaitu warna asli ubi keladi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Johari turut merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan ini kerana berjaya membentang produk inovasi program Seni Kulinari dari kolej itu di persidangan antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular