HomeIsu tempatanMayat wanita hilang disambar buaya ketika memancing ditemui

Mayat wanita hilang disambar buaya ketika memancing ditemui

Read Time:45 Second

KINABATANGAN: Mayat seorang wanita dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, pada Sabtu telah ditemui.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa disahkan meninggal dunia ditemui oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada jam 6.53 pagi tadi (31 Julai) 800 meter jarak dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Terdahulu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Kota Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamalludin mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.42 petang Sabtu. Lima anggota bergegas ke lokasi berkenaan.

Katanya, mangsa, Norsila Sayong, 32, sedang memancing bersama keluarga ketika kejadian di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan kira-kira sekitar jam 3.40 petang, semalam. Mangsa kemudiannya disambar buaya dan ditarik ke dalam air sebelum dilaporkan hilang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 8 pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya