HomeIsu tempatanPenduduk gempar terlihat serpihan roket China melintasi ruang udara di Kuching

Penduduk gempar terlihat serpihan roket China melintasi ruang udara di Kuching

Read Time:50 Second

KUCHING: Penduduk bandar raya ini gempar awal pagi tadi apabila dapat menyaksikan dengan jelas serpihan roket Long March 5b milik China yang melintasi ruang udaranya.

Proses re-entry serpihan roket ini dapat dilihat sekitar jam 12.50 pagi dan sempat dirakamkan dan dikongsi beberapa pengguna media sosial, yang kemudiannya menjadi tular. Ia berbentuk bebola api panjang, seakan-akan meteor.

Agensi Angkasa Negara Malaysia pada Jumaat memaklumkan, serpihan roket tersebut diramal memasuki ruang udara bumi bermula jam 4.24 petang pada 30 Julai hingga jam 12.24 tengah malam pada 1 Ogos.

Menurut agensi tersebut, roket Long March 5b dilancarkan dari tapak pelancaran Wenchang Spacecraft pada 24 Julai untuk menghantar modul Wentian ke stesen angkasa Tiangong.

Disebabkan seretan atmosfera yang kuat pada orbit rendah bumi, serpihan ini akan memasuki atmosfera bumi beberapa hari selepas penghantaran tersebut.

Agensi tersebut turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu bimbang terhadap objek re-entry terbabit kerana keberangkalian ia menimpa manusia atau merosakkan mana-mana struktur bangunan adalah rendah. – Astro Awani

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya