HomeUtamaKes salah guna kuasa Ahli Parlimen Labuan didengar di Mahkamah Sesyen

Kes salah guna kuasa Ahli Parlimen Labuan didengar di Mahkamah Sesyen

Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes salah guna kuasa Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli akan didengar di Mahkamah Sesyen bulan ini.

Ia susulan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahli Parlimen Warisan itu untuk memindahkan kesnya ke mahkamah lebih tinggi.

memetik laporan portal FMT, Hakim Mahkamah Tinggi Jamil Hussin menolak permohonan Rozman atas alasan pihak pembelaan gagal memenuhi kriteria bawah Seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi manakala Rafique Rashid Ali mewakili Rozman.

Rafique berkata, Mahkamah Tinggi lain akan mendengar permohonan pihak pembelaan untuk membatalkan tuduhan Rozman mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Rozman didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agensi kerajaan atau timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan untuk meminta rasuah untuk mendapatkan kontrak sebagai pengendali Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, yang mana bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 21 Mac 2018.

Jika sabit kesalahan, Rozman berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah Sesyen sebelum ini menetapkan 5, 11 dan 12 Ogos untuk perbicaraan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya