Lelaki warga Myanmar Campak tiga kanak-kanak, terjun dari MRR2

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar mencampak tiga kanak-kanak sebelum terjun dari lebuh raya, pagi tadi.

c

Katanya, lelaki berumur 38 tahun itu bersama dua lagi kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi kanak-kanak parah dan dibawa ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, mayat yang ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat.

“Menurut saksi, sebelum kejadian, lelaki Myanmar tersebut didapati berjalan sambil menggendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya pada 5.50 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai tampil memberikan maklumat bagi tujuan siasatan.

Selaras dengan garis panduan pelaporan media mengenai bunuh diri, Sabah Media tidak melaporkan butiran bunuh diri atau disyaki bunuh diri.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih

Hotline: 15999The Befrienders

Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia

Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia

Hotline: 03-42657995

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.

Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *