Oleh NORMIMIE DIUN
BEAUFORT: Seorang lelaki berjaya diselamatkan oleh anggota Bomba selepas terjun dari jambatan baru Beaufort ke dalam Sungai Padas dekat sini, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menerima panggilan kecemasan pada jam 6.48 petang, semalam (1 Ogos 2022) mengenai insiden tersebut.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar ada seorang lelaki telah terjun dari jambatan baru Beaufort, namun lelaki tersebut telah berenang ke tepi sungai dan diselamatkan oleh seorang anggota bomba ‘off duty’ PBB Azhar yang kebetulan berada di kawasan terbabit.
“Seterusnya anggota Bomba bertugas bertindak menenangkan mangsa dan memberikan perawatan awal sehingga ketibaan pihak pasukan petugas kesihatan dan juga polis.
“Mangsa yang berusia 39 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita Sabah Media hari ini.
Setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 7.19 malam tadi.
Selaras dengan garis panduan pelaporan media mengenai bunuh diri, Sabah Media tidak melaporkan butiran bunuh diri atau disyaki bunuh diri.
Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:
Talian Kasih
Hotline: 15999The Befrienders
Hotline: 03-76272929
Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800
Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995
Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.
Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.