HomeIsu tempatan13 pemilik rumah terlibat pembinaan LPB Sabah terima Bantuan Wang Ehsan Rumah

13 pemilik rumah terlibat pembinaan LPB Sabah terima Bantuan Wang Ehsan Rumah

Read Time:1 Minute, 11 Second

BEAUFORT : Seramai 13 pemilik rumah di Kampung Padas Valley dan Kampung Bukau di sini menerima Bantuan Wang Ehsan Rumah (BWER) yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, penerima BWER adalah antara pemilik rumah yang terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah.

“Pada hari ini (semalam) saya telah membuat penyerahan Wang Ehsan Rumah secara simbolik kepada 13 pemilik rumah Kampung Padas Valley dan Kampung Bukau dimana pemilik rumah berkenaan telah pun terlibat dengan pembinaan LPB Sabah.

“Wang Ehsan ini telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sebanyak RM20,000 bagi setiap pemilik rumah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya di sini semalam.

Ruslan berkata, tujuan pemberian wang ehsan itu adalah bagi meringankan keperluan para pemilik rumah untuk membina rumah baharu.

“Di peringkat ADUN, kita telah mengenal pasti dimana mereka akan ditempatkan dan jika tiada halangan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Pegawai Daerah akan menentukan penempatan mereka bagi mendirikan rumah dengan kadar segera,” katanya.

Dalam majlis berasingan, Ruslan turut melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan di perkarangan pejabat ADUN Lumadan.

Katanya, para pemimpin akar umbi adalah digalakkan untuk bersama mengibarkan Jalur Gemilang Dan bendera Sabah di setiap rumah dan premis perniagaan.

“Jika seorang pemimpin mengibarkan Jalur Gemilang termasuklah bendera Sabah, sudah tentu penduduk di bawah jagaan juga akan turut sama menyahut seruan dalam menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular