9 sekeluarga nyaris maut, lori semi trailer rempuh rumah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:56 Second

TAMPARULI: Sembilan sekeluarga nyaris maut apabila sebuah Lori semi trailer terbabas sendiri dan melanggar rumah mereka di tepi jalan dalam satu kejadian di Kg Kapa Tamparuli Jalan Ranau dekat sini, pagi tadi. (3 Ogos)

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.48 pagi tadi.

“Sepasukan anggota Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah Lori semi trailer terbabas sendiri dan melanggar sebuah rumah (90% kerosakan) di tepi jalan lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 500 meter.

“Terdapat dua orang mangsa mengalami kecederaan di dalam kenderaan lori manakala sembilan ahli keluarga di dalam rumah tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lori semi trailer yang terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kg Kapa Tamparuli. -Foto ihsan JBPM Sabah.
Anggota Bomba sedang mengangkat salah seorang mangsa dari lori terbabit. – Foto.ihsan JBPM Sabah.

“Mangsa yang cedera telah mendapat rawatan awal oleh Pasukan EMRS seterusnya dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya..

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi. Operasi ditamatkan pada jam 9.50 pagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *