HomeEkonomi17,599 individu muflis dalam tempoh dua tahun

17,599 individu muflis dalam tempoh dua tahun

Read Time:58 Second

PARLIMEN : Seramai 17,599 individu diisytiharkan bankrap sejak 2020 hingga Mei lalu, dengan majoriti kes membabitkan kaum Melayu iaitu sebanyak 10,266 kes.

Ia diikuti Cina dengan 4,447 kes, India (1,321 kes) dan 48 kes membabitkan bukan warganegara. 

Daripada jumlah itu, lelaki merekodkan kes tertinggi iaitu 12,970, manakala 4,607 kes membabitkan wanita dan dua kes lagi tidak dapat dipastikan jantina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata mengikut pecahan negeri pula, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 4,164 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (2,203 kes), Johor (1,987 kes), Sabah (1,642 kes) dan Perak (1,728 kes). 

Mengikut pecahan umur pula, beliau berkata, golongan berusia 34 tahun hingga 44 tahun merekodkan jumlah teramai iaitu 6,681 kes, diikuti usia 45 tahun hingga 54 dengan 4,819 kes.

“Golongan berusia 25 tahun hingga 34 tahun seramai 3,171 kes, 55 tahun dan ke atas (2,823 kes), di bawah usia 25 tahun (46 kes) dan 59 kes dikategorikan tiada maklumat,” katanya kepada soalan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) di Dewan Rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya