HomeIsu tempatanProgram 'Outreach' santuni wanita di 73 DUN di Sabah

Program ‘Outreach’ santuni wanita di 73 DUN di Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) akan melaksanakan program jangkauan luar (outreach) santuni wanita di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Sabah.

Pengarahnya JHEWA, Haslina Ismail berkata, program yang ‘Merakyatkan Perkhidmatan ke arah Kesejahteraan Wanita’ itu dianjurkan bagi memastikan nasib golongan wanita di negeri ini terbela.

“Program ini bertujuan memastikan para wanita di negeri ini terbela supaya permasalahan wanita dapat dirungkai dan menyelesaikan apa-apa yang berlaku di akar umbi.

“Pada tahun ini, kita telah menjalankan program ini di enam DUN iaitu di Pitas, Kota Marudu, Telupid, Paitan, Kuala Penyu dan Membakut akan datang daerah Papar dijadikan tempat program yang seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Haslina berkata, JHEWA turut bekerjasama dengan agensi lain untuk membawa perkhidmatan ke daerah-daerah lain kerana buat masa ini, perkhidmatan JHEWA hanya terdapat di Kota Kinabalu sahaja.

Katanya, tujuan kunjungan hormat kepada Toh Puan Norlidah itu adalah untuk memperkenalkan barisan pengurusan baharu jabatan terbabit.

Semalam, Toh Puan Norlidah turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Daerah Kota Marudu, Saridah Ariffin.

Menurut Saridah, kunjungan berkenaan bertujuan untuk melaporkan aktiviti yang dijalankan di samping menjemput Toh Puan Norlidah dalam program aktiviti berbasikal yang dijangka akan dilaksanakan pada November ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar terima kunjungan Duta Uruguay

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya