HomeUtamaKerajaan Negeri pandang serius pemindahan polis bermasalah ke Sabah - Hajiji

Kerajaan Negeri pandang serius pemindahan polis bermasalah ke Sabah – Hajiji

Read Time:29 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah memandang serius tindakan polis memindahkan sembilan anggotanya yang dipercayai terlibat kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan dari Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, meminta supaya pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan seumpama itu dilaksanakan.

“Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka,” katanya.

Hajiji yang sedang menunaikan ibadah Umrah juga berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak polis mengenai perkara berkenaan.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya