HomeIsu tempatanMESEJ diberi pendekatan baharu, bantu naik taraf hidup peserta terlibat

MESEJ diberi pendekatan baharu, bantu naik taraf hidup peserta terlibat

Read Time:1 Minute, 31 Second

BEAUFORT: Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan Kerajaan sebelum ini akan diberi pengubahsuaian konsep serta pendekatan baharu sesuai dengan tuntutan semasa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, program itu juga ternyata berjaya mencapai sasaran bagi merubah kehidupan peserta program kepada keadaan yang lebih baik.

“Selepas meninjau dan melawat program MESEJ di beberapa kawasan di seluruh Sabah termasuklah di Kampung Nabahan Weston ini, saya melihat MESEJ ini perlu dibuat pendekatan baharu agar ianya dapat digunakan sepenuhnya kawasan ini selain memberi nilai tambah untuk para peserta.

“Saya juga berharap agar dalam tempoh yang terdekat ini taraf hidup masyarakat khususnya peserta MESEJ ini akan dapat terus ditingkatkan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke MESEJ Kampung Nabahan Weston di sini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Harun Durabi dan Samad Jambri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam.

Jahid berkata, pihaknya akan terus mengadakan lawatan ke MESEJ yang memerlukan perhatian di seluruh Sabah selain akan melihat keperluan bagi memanfaatkan kemudahan lokasi yang ada.

“Kita akan teruskan lawatan ini. Sebelum ini kita sempat ke Sebatik, kita ada MESEJ disana.  Selain itu kita juga turut melawat MESEJ Pitas dan kini di Beaufort.

“Program ini adalah merupakan program Kementerian yang kita gunakan untuk membantu membasmi kemiskinan khususnya mereka yang perlu pembelaan,” katanya.

Sementara itu, Jahid berkata, sehingga kini sudah terdapat lebih 60 MESEJ sudah dilaksanakan di seluruh Sabah.

Katanya, MESEJ Kampung Nabahan Weston turut dilihat mempunyai potensi besar khususnya dalam memberi nilai tambah yang boleh dikembangkan menerusi ruang lingkup dari pendekatan biasa 

“Tempat ini memang berpontensi untuk dikembangkan. Ia boleh memberi peluang kepada peserta untuk menaikkan lagi taraf hidup mereka.

“MESEJ Nabahan ini potensinya luar biasa.  Ini juga sesuai bersesuaian dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) khususnya melibatkan sektor pelancongan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular