PDRM kaji semula pemindahan 9 anggota bermasalah ke Sabah dan Sarawak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengarahkan Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan lanjut dan mengkaji semula berkaitan dengan isu pemindahan sembilan anggota PDRM yang bermasalah ke Sabah dan Sarawak.

“Saya telah mengambil maklum dan mengarahkan Jabatan Pengurusan PDRM untuk mengambil tindakan lanjut dan mengkaji semula berkaitan dengan isu pemindahan anggota PDRM terbabit ke Sabah dan Sarawak.

“Saya mengucapkan terima kasih atas maklumbalas-maklumbalas yang kami terima daripada kerajaan Negeri Sarawak dan Negeri Sabah berkenaan isu tersebut.

“Apa juga maklumat berkaitan isu ini, nanti kita akan salurkan melalui Unit Komunikasi Korporat PDRM,” katanya pada sidang media Sempena Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Acryl berkata, setakat ini sembilan anggota PDRM terbabit belum lagi dipindahkan ke Sabah atau Sarawak namun mengambil maklum apa juga permintaan kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mengenai perkara ini.

Perkara itu susulan baru-baru ini Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, sembilan anggota polis yang disiasat dipercayai terlibat kes peras ugut seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah akan ditempatkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *