HomeUtamaSabah sedia kerjasama buka laluan penerbangan baharu Batik Air

Sabah sedia kerjasama buka laluan penerbangan baharu Batik Air

Read Time:1 Minute, 12 Second

KUALA LUMPUR : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan Batik Air untuk membuka laluan penerbangan terus daripada negara jiran Indonesia ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, seiring dengan laluan penerbangan baharu itu nanti, kementerian berhasrat untuk membangunkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

“Kita mempunyai destinasi pelancongan kesihatan berkualiti dan khidmat penjagaan kesihatan bertaraf tinggi.

“Justeru itu saya yakin ini adalah masa yang tepat untuk Sabah menyasarkan destinasi pelancongan kesihatan dengan mempromosikan kemudahan terkini yang ditawarkan hospital khususnya kepada pasaran Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Pengurus Besar, Muhammad Ariff Abdul Aziz, dan beberapa kakitangan syarikat penerbangan terbabit di Glenmarie Kuala Lumpur semalam.

Antara laluan penerbangan yang dibincangkan termasuk Pontianak, Balik Papan, dan Kalimantan.

Jafry berkata, negeri ini harus memanfaatkan sepenuhnya trend semasa pelancongan kesihatan memandangkan setiap pelancong perubatan berpotensi berbelanja lebih tinggi berbanding pelancong biasa.

Katanya, menerusi rantaian nilai dan industri pelancongan kesihatan, ianya pasti akan membuka peluang kepada pelancong bagi meneroka Lokasi Pelancongan Berkonsepkan ‘Nature Healing’ yang ada di Sabah.

“Ia berikutan negeri ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna yang mampu memberi impak positif khususnya dalam proses penyembuhan,” katanya.

Oleh itu, beliau berharap, laluan penerbangan terus itu dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat ekoran lokasi Sabah dan kemudahan akses dari segi laluan penerbangan antara faktor penting untuk menarik pengunjung daripada negara jiran datang ke negeri ini.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular