HomeUtamaJPA tolak dakwaan KPPA keluar kata kesat kepada pegawai imigresen

JPA tolak dakwaan KPPA keluar kata kesat kepada pegawai imigresen

Read Time:1 Minute, 12 Second

CYBERJAYA — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menolak dakwaan Ketua Pengarahnya, Shafiq Abdullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai imigresen yang disifatkannya tidak berasas dan berniat jahat bagi menjatuhkan imejnya.

Katanya, Shafiq menegur anggota imigresen bernama James Lee atas ketidakpatuhan amalan dan prosedur kerana tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasportnya serta delegasinya.

“Malahan, mereka diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan.

“JPA berpandangan ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib.

JPA turut menegaskan teguran itu tidak dibuat di khalayak ramai, sebaliknya Shafiq hanya menasihatkan pegawai terbabit supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu sedemikian dengan berhemah.

“Beliau juga mengesyorkan perlunya pihak imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan SOP bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan imigresen.”

JPA berkata, ia sangat kesal dengan kenyataan palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menyarankan pihak berkuasa berkaitan menyiasat perkara itu.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut ketua pengarah perkhidmatan awam memohon maaf terbuka susulan dakwaan beliau menengking seorang pegawai imigresen di KLIA dengan kata-kata kesat.

Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku di Balai Berlepas KLIA antara 8.40 pagi hingga 9.40 pagi semalam kerana tiada pegawai imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, Jabatan Imigresen sudah diarah menjalankan siasatan ke atas dakwaan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya