Kuching, Kota Kinabalu terima amaran cuaca buruk pagi ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:28 Second

KOTA KINABALU — Kuching dan Kota Kinabalu antara kawasan yang menerima amaran cuaca buruk pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebooknya berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut melibatkan daerah Bau, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah, Tanjung Manis dan Kapit.

Di Sabah, kawasan dijangka terjejas adalah Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang serta Labuan.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *