HomeGaya hidupBakat Skrin Sabah tarik ramai peserta bidang lakonan

Bakat Skrin Sabah tarik ramai peserta bidang lakonan

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Pencarian bakat lakonan menerusi penganjuran Bakat Skrin Sabah (Sabah Skrin Talent) 2022 berjaya menarik minat peserta seramai 66 orang dari seluruh pelusuk negeri ini.

Pengarah Program Sabah Skrin Talent Ramli Carlo berkata, program yang diadakan selama hampir dua bulan bermula 26 Mac lalu telah dilancarkan melalui laman Facebook Puruvan TV.

Katanya, para peserta perlu menunjukkan bakat lakonan dengan memilih skrip disediakan penganjur seterusnya membuat rakaman sendiri sebelum dimuat naik ke Facebook untuk dinilai penonton (orang awam) bagi tontonan tertinggi.

Pengarah Program Sabah Skrin Talent Ramli Carlo

“Antara lain tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi ruang kepada bakat-bakat dari Sabah samada lama atau baharu untuk menunjukkan bakat lakonan dengan memilih skrip atau mengubahsuai skrip yang disediakan penganjur, membuat rakaman sendiri dan menghantarnya.

“Selaku penganjur kami berharap Sabah Screen Talent (SST) ini akan menjadi ruang kepada pelakon-pelakon muda khususnya untuk menonjolkan bakat mereka dan Alhamdulilah jumlah penyertaan yang kita perolehi amat memberangsangkan dari seluruh pelusuk negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata, kemuncak acara ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 3 September depan.

Katanya, acara kemuncak dijangka akan disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin serta akan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Professor Dr Md Nasir Ibrahim.

“Acara kemuncak SST turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis tempatan antaranya Lyron Felix, Diandra Justin, Maldini Sidney, VivianneAndrew, Zackiddin Zachry dan Heidi Moru.

“Proses penjurian sudah hampir dimuktamadkan melalui juri luar yang dilantik untuk menentukan siapakah dari seramai 66 peserta yang bakal bergelar juara dengan tawaran hadiah keseluruhan hampir RM30,000,” katanya.

Sementara itu, Ramli berkata, menerusi program itu juga, Anugerah Khas Pencapaian akan diberikan kepada lima individu yang telah menyerlahkan sumbangan mereka kepada perkembangan industri kreatif di negeri ini.

“Saya juga ingin merakamkan rasa teruja kepada penasihat program iaitu Dato Dr Jelani Hamdan yang mahu menjadikan program ini sebagai program tahunan dengan skala penganjuran yang lebihbesar termasuk mempelbagaikan kategori dan aktiviti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya