Sabah dan tiga negeri lain alami hujan lebat petang ini

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU : Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka akan berlaku di empat buah negeri sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara negeri terlibat adalah Kedah, Pahang, Johor dan Sabah.

“Bagi negeri Kedah, kawasan terlibat adalah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala di Pahang pula melibatkan daerah Rompin.

“Sementara itu, bagi negeri Johor pula ia melibatkan daerah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi ,manakala bagi Sabah ia melibatkan kawasan Sandakan (Beluran dan Sandakan),”katanya.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.