HomeIsu tempatanRemaja seberang sungai bersama keluarga dihanyut kepala air 

Remaja seberang sungai bersama keluarga dihanyut kepala air 

Read Time:40 Second

KENINGAU: Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi sungai bersama tiga keluarganya di sungai di Jalan Tulid, Sook, di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada jam 7 malam, ketika mangsa Kenn Mohd Alfiandar Angkorou@Abdula, 17, bersama bapa, adik dan anak saudara cuba menyeberangi sungai namun secara tiba-tiba berlaku kejadian ‘kepala air’.

Tiga daripada mereka selamat manakala mangsa dihanyutkan arus deras sungai dan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomb dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.33 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dan setakat ini mangsa belum ditemui.

“Operasi SAR ditangguh pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung pada pagi esok,” katanya di sini, hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina terima bantuan kewangan dari ADUN Sugut untuk lanjut pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular