HomeUtamaLelaki ditemui maut, sempat tinggal pesan kepada isteri

Lelaki ditemui maut, sempat tinggal pesan kepada isteri

Read Time:1 Minute, 32 Second

CYBERJAYA — Seorang lelaki sempat meninggalkan pesanan dan ucapan selamat tinggal kepada isterinya sebelum ditemui maut dengan kesan kelar di leher di belakang sebuah kilang di Dataran Kledang Menglembu semalam.

Keadaan mangsa berusia 58 tahun itu disedari orang awam sebelum melaporkannya kepada polis sekitar jam 9.46 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kali terakhir mangsa ada berhubung dengan isterinya melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, mangsa memberitahu isterinya untuk mengambil semua wang simpanan di bank untuk kegunaannya bersama anak-anak dan memberi isyarat ‘bye’ seolah-oleh mahu meninggalkan keluarga.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, terdapat kesan kelar pada leher mangsa sepanjang 16 sentimeter.

“Polis bagaimanapun tidak menemui kesan jenayah lain pada tubuh mangsa, telefon bimbit dan pengenalan diri masih berada bersama mangsa,” katanya lapor Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan awal, mangsa yang mempunyai perniagaan kilang pemborong dan pembekal ikan itu mengalami kemurungan kerana perniagaannya mempunyai masalah kewangan.

Katanya, mangsa juga pernah bertindak cuba membunuh diri sekitar tiga tahun lalu, namun tidak berjaya.

“Doktor mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kesan kelar pada leher mangsa. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Selaras dengan garis panduan pelaporan media mengenai bunuh diri, Sabah Media tidak melaporkan butiran bunuh diri atau disyaki bunuh diri.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih

Hotline: 15999The Befrienders

Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia

Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia

Hotline: 03-42657995

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.

Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri bantu penduduk kampung bayar bil elektrik tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular