HomeIsu tempatanMaritim Malaysia laksana bantuan kecemasan

Maritim Malaysia laksana bantuan kecemasan

Read Time:55 Second

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Labuan telah melaksanakan satu bantuan pemindahan kecemasan (Medevac) di perairan Labuan di sini awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 12.50 tengah malam itu, pihaknya telah menerima panggilan daripada ejen kapal tanker Aristoklis.

“Pusat Operasi Zon Maritim Labuan telah menerima panggilan daripada ejen kapal tanker Aristoklis memaklumkan bahawa kapten kapal berkenaan memerlukan bantuan pemindahan kecemasan ke darat.

“Bantuan pemindahan kecemasan itu adalah bagi membolehkan kapten kapal berkenaan menerima rawatan kerana mengalami tekanan darah rendah dan muntah-muntah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, berikutan itu, Bot Kilat 40 telah diarahkan untuk memberikan bantuan kecemasan bagi memindahkan pesakit yang merupakan warganegara Rusia berumur 49 tahun daripada kapal.

Tambahnya, pesakit tersebut seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan dan diserahkan kepada petugas kesihatan yang telah sedia menunggu di jeti.

Sebarang kecemasan di laut, boleh terus disalurkan melalui talian 999/ hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001 ataupun Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui aplikasi whatsapp di talian 013- 2558539.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KPDN Sabah rampas 7,380 liter minyak diesel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular