HomeEkonomi10 usahawan kraf Sabah terima insentif PEMULIH industri kraf

10 usahawan kraf Sabah terima insentif PEMULIH industri kraf

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa berusaha untuk membantu memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19 khususnya yang melibatkan usahawan serta penggiat seni dan budaya.

Menterinya Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, ia termasuklah menyalurkan bantuan menerusi inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) industri kraf berupa bantuan kewangan berjumlah RM1,500.

Katanya, ianya adalah bertujuan bagi mengukuhkan lagi perniagaan usahawan kraf yang terkesan akibat COVID-19 seterusnya merancakkan semula industri kraf negara.

“Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai usahawan kraf yang tertinggi iaitu seramai 2,025 orang daripada 6,000 orang di seluruh negara.

“Ini adalah kali pertama insentif diberikan secara tunai bagi membantu usahawan kraf kita dimana sebelum ini kita memberi bantuan dari segi alatan membina bengkel, kali ini mereka mendapatr One Off sebanyak RM1,500,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan bantuan PEMULIH Industri Kraf kepada seramai 10 wakil usahawan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah di sini hari ini.

Nancy berkata, menerusi bantuan itu juga akan turut menggalakkan aktiviti kraf dan usahawan kraf dapat berkembang maju bagi membantu negara dalam melahirkan produk-produk kraftangan yang berkualiti.

“MOTAC sentiasa menyokong perusahaan kraf yang dijalankan serta penglibatan usahawan dan komuniti kraf dalam industri agar terus cemerlang,” katanya.

Terdahulu, dalam lawatan kerja rasmi ke Sabah, Nancy turut mengadakan lawatan ke MOTAC Sabah bagi mengenalpasti aktiviti baharu yang dilaksanakan berikutan sempadan negara turut dibuka kepada pelancong luar.

Selain itu beliau turut mengadakan lawatan ke beberapa pejabat dibawah Kementeriannya termasuk Tourism Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular