PONTIAN -Bermula dari pengalaman dari bawah sebagai pekerja Am kini beliau menjadi antara pemain utama bertaraf bumiputera di dalam industri ayam.
menjalankan perniagaan dari pembekalan anak ayam sehinggalah penjualan ayam daging, Encik Baharudin yang berazam memulakan perniagaan sendiri sejurus selepas berkahwin dan menamakan Norliza Enterprise sebagai permulaannya di dalam industri ini.
bersempena rakan kongsi yang juga suri hatinya, Puan Norliza dan akhirnya lahirlah NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd, atau NB singkatan untuk Norliza dan Baharudin.
Bermula dengan Kapasiti harian sebanyak 300 ekor ayam dan 5 orang tenaga pekerja di sebuah premis sewa yang mana kebanyakan proses dilakukan secara manual.
Bersandarkan simpanan sendiri bukanlah mudah terutamanya untuk mengembangkan perniagaan memerlukan kapital yang lebih tetapi itu bukanlah penghalang untuknya untuk berkembang dengan lebih jauh.
kini mereka mempunyai Kilang lengkap dengan teknologi mesin separa automatik serta kecekapan penyejukan peti dingin beku untuk menyimpan ayam.