HomeGaleri fotoKISAH NB POULTRY - AYAM NORLIZA

KISAH NB POULTRY – AYAM NORLIZA

Read Time:1 Minute, 9 Second

PONTIAN -Bermula dari pengalaman dari bawah sebagai pekerja Am kini beliau menjadi antara pemain utama bertaraf bumiputera di dalam industri ayam.

menjalankan perniagaan dari pembekalan anak ayam sehinggalah penjualan ayam daging, Encik Baharudin yang berazam memulakan perniagaan sendiri sejurus selepas berkahwin dan menamakan Norliza Enterprise sebagai permulaannya di dalam industri ini.

bersempena rakan kongsi yang juga suri hatinya, Puan Norliza dan akhirnya lahirlah NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd, atau NB singkatan untuk Norliza dan Baharudin.

Bermula dengan Kapasiti harian sebanyak 300 ekor ayam dan 5 orang tenaga pekerja di sebuah premis sewa yang mana kebanyakan proses dilakukan secara manual.

Bersandarkan simpanan sendiri bukanlah mudah terutamanya untuk mengembangkan perniagaan memerlukan kapital yang lebih tetapi itu bukanlah penghalang untuknya untuk berkembang dengan lebih jauh.

kini mereka mempunyai Kilang lengkap dengan teknologi mesin separa automatik serta kecekapan penyejukan peti dingin beku untuk menyimpan ayam.

Encik Baharudin, pemilik perniagaan NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd
potongan ayam daging yang diproses
Antara pekerja tempatan yang sedang membersihkan potongan ayam sebelum dibungkus dan dijual kepada pelanngan di sekitar Johor, Melaka dan Kuala Lumpur
kebersihan serta aliran pengeluaran yang sistematik merupakan antara kunci kejayaan syarikat ini
para pekerja menggunakan mesin pemotong ayam bagi mempercepatkan proses membuat potongan berbanding penggunaan secara manual
pasukan pentadbiran NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd
bangunan yang menempatkan ibu pejabat serta pusat pemprosesan ayam daging milik NB Poultry Processing Industries Sdn Bhd
RELATED ARTICLES
Galeri fotoUtama

Hajiji Lancar Sekreteriat Mahasiswa Sabah Malaysia ( SEMESTA)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya