HomeUtamaKerajaan perkenal DKKA, garis panduan pelaksanaan program keselamatan awam

Kerajaan perkenal DKKA, garis panduan pelaksanaan program keselamatan awam

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan memperkenalkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) sebagai garis panduan pelaksanaan program keselamatan awam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri ll, Datuk Jonathan Yasin berkata, dasar itu penting dalam perancangan program serta aktiviti yang menjurus kepada usaha memastikan ketenteraman negara terus terjaga.

“Dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan perkembangan teknologi baharu berasaskan Revolusi Industri 4.0, risiko dan ancaman terhadap keselamatan negara kini menjadi semakin kompleks dan merentasi sempadan.

“Selaras dengan hasrat dalam Teras Enam DKKA iaitu Melindungi Aset dan Sasaran Penting Negara, Urusetia Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP) mencadangkan agar diwujudkan nilai tambah kepada Naziran Sasaran Penting sedia ada dengan memperkenalkan Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP).

“Anugerah ini bagi meningkatkan kawalan, perlindungan dan penyelenggaraan aset, sumber, infrastruktur kritikal sasaran penting dan melindungi maklumat serta rekod keselamatan negara,” katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi APBSP Tahun 2022 di sini, kelmarin.

Tambah Jonathan, objektif utama pelaksanaan anugerah tersebut adalah untuk menilai dan mengukur prestasi penyampaian sistem pengurusan keselamatan perlindungan di pepasangan sasaran penting pada tahap yang cemerlang.

“Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan ke atas tadbir urus keselamatan perlindungan sasaran penting yang terbaik selain menggalakkan pembudayaan persekitaran sistem pengurusan keselamatan perlindungan sasaran penting yang kondusif.

“APBSP merupakan kaedah yang pertama kali digunakan oleh JPSP dalam memberikan pengiktirafan kepada instalasi sasaran penting yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang di dalam pengurusan keselamatan perlindungan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya