HomeIsu tempatanPKK jalin kolaborasi bersama 21 rakan industri

PKK jalin kolaborasi bersama 21 rakan industri

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU:    Politeknik Kota Kinabalu (PKK) menandatangani ‘Certficate of Collaboration (CoC)’ dengan 19 rakan industri dalam negara dan dua rakan industri daripada luar negara melalui Agreed Minutes of Meeting (AMM) daripada pelbagai sektor antaranya kejuruteraan, keusahawanan serta pelancongan dan hospitaliti.

Kolaborasi ini merangkumi perkongsian kepakaran dan pelbagai usaha sama untuk kebaikan serta kemajuan kedua-dua pihak.

Pengarah PKK, Dullah Muluk dalam ucapannya berkata, pembabitan pakar daripada pihak industri dapat membantu untuk memastikan silibus selain kurikulum ditawarkan di PKK kekal relevan serta selari dengan perubahan teknologi semasa.

“Jalinan kolaborasi strategik ini turut membuka peluang kepada pelajar untuk membuat latihan industri dan projek tahun akhir di industri berkenaan.

“Pada masa yang sama, ia membuka peluang untuk syarikat memilih graduan yang berpotensi untuk terus diserap berkhidmat dengan agensi masing-masing,” katanya.

Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Panel Penasihat Industri Politeknik Kota Kinabalu, Datuk Ag. Buhtamam Ag. Mahmun merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn. Bhd. dan Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak Mohd Daim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya