HomePendapatKerajaan perlu segera buat keputusan untuk menyelamatkan ekonomi ayam negara.

Kerajaan perlu segera buat keputusan untuk menyelamatkan ekonomi ayam negara.

Read Time:3 Minute, 53 Second

1.        Apabila negara menghadapi isu bekalan dan harga ayam, kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menangani isu tersebut. Ini termasuklah – menghentikan eksport ayam, memansuhkan permit import ayam, menyediakan subsidi kepada penternak ayam dan menaikkan harga siling ayam.

2.        Untuk meringankan bebanan kos penternak ayam, kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM 1.20/kg. Namun begitu, walaupun dengan subsidi tersebut, penternak ayam masih mengalami kerugian kerana kos pengeluaran masih tinggi dari harga jualan. Mengikut maklumat industri, adalah di anggarkan, penternak ayam mengalami kerugian di antara RM 0.30/kg – RM 1.50/kg, bergantung kepada saiz operasi.

3.        Sebagai contoh, jika penternak ayam bersaiz kecil menternak sebanyak 10,000 ekor ayam dalam satu pusingan menternak 35-hari, bermakna kerugian boleh mencecah RM 30,000 (ayam di jual dengan berat 2 kg). Seterusnya, kerugian boleh melebihi RM 150,000 setahun, dengan lima hingga enam pusingan menternak ayam. Berapa ramai penternak ayam yang boleh menanggung kerugian sebegini?

4.        Kerugian berpanjangan ini menyebabkan penternak ayam mengalami masalah aliran tunai yang semakin tenat. Ramai penternak ayam, terutamanya bersaiz kecil dan sederhana, terpaksa berhutang-bergadai untuk meneruskan operasi, dengan harapan ekonomi ayam akan bertambah baik dalam masa terdekat. Malah ada penternak ayam hanya menunggu masa untuk menutup operasi, ibarat telur di hujung tanduk.

5.        Secara am-nya, penternak ayam di beri tempoh kredit di antara dua minggu hingga 1 bulan untuk pembelian ayam muda atau Day Old Chick (DOC). Ini bermakna penternak ayam terpaksa membuat pembayaran sebelum ayam berkenaan sedia untuk dijual selepas 35 hari. Justeru itu, aliran wang tunai amatlah penting untuk operasi menternak ayam.

6.        Pada masa yang sama, kerajaan masih belum membuat keputusan samada subsidi tersebut akan diteruskan selepas 31 Ogos 2022. Setakat ini, kerajaan telah menyalurkan subsidi sejumlah RM 1.1 billion kepada penternak ayam dan telur. Jumlah subsidi yang besar untuk jangka masa yang lama sudah pasti akan memberi kesan kepada kewangan negara. Tambahan lagi, pemberian subsidi sebegini tidak menjurus kepada isu kos menternak ayam yang di hadapi oleh ekonomi ayam. Umpama merawat simptom, dan tidak kepada punca penyakit.

7.        Oleh itu, ada kemungkinan kerajaan akan mengurangkan jumlah subsidi ataupun menghentikan terus subsidi tersebut selepas 31 Ogos 2022. Kerisauan mengenai subsidi ini menyebabkan ramai penternak ayam mengambil langkah berjaga-jaga (defensive measure) dengan mula mengurangkan operasi ternakan ayam, memandangkan satu pusingan menternak ayam mengambil masa 35 hari untuk sedia di jual.

8.        Sekiranya penternak ayam mula pusingan menternak ayam pada awal Ogos 2022, maka pusingan ternakan ini akan hanya berakhir pada awal September 2022. Dengan itu, penternak ayam berhadapan risiko mengalami kerugian yang besar jika tidak lagi menerima subsidi kerajaan.

9.        Di samping itu, sekatan eksport ayam masih dilaksanakan oleh kerajaan, tanpa satu tarikh penamat di umumkan. Pada awal-nya, sekatan eksport ayam telah berjaya menstabilkan bekalan serta harga ayam di dalam negara. Namun begitu, sekatan eksport ayam berpanjangan ini telah menyebabkan lebihan bekalan ayam di pasaran tempatan. Akibatnya, ramai penternak ayam menghadapi kesukaran untuk menjual ayam.

10.      Tambahan lagi, sekatan eksport berpanjangan ini menyebabkan Malaysia menghadapi risiko kehilangan pasaran eksport. Pada tahun 2021, sejumlah 97% eksport ayam Malaysia adalah ke Singapura. Oleh kerana sekatan eksport ayam tersebut, Singapura telah mula mengimport ayam dari Indonesia. Pada masa yang sama, di laporkan bahawa Singapura juga merancang untuk melaksanakan projek ternakan ayam di Indonesia. Kehilangan pasaran eksport Singapura sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada ekonomi ayam negara untuk jangka masa panjang. Once lost, it is difficult to win back.

11.      Oleh yang demikian, faktor-faktor sekatan eksport dan subsidi tersebut di jangka akan menyebabkan bekalan ayam domestik berkurangan di dalam masa terdekat, kemungkinan besar se-awal September 2022. Apabila ini berlaku, lebih banyak ayam terpaksa di import untuk memenuhi keperluan domestik.  Mengikut laporan, harga ayam di Malaysia adalah yang terendah di rantau ASEAN. Sekiranya Malaysia terpaksa mengimport ayam, sudah pasti kadar inflasi akan turut meningkat kerana ayam mempunyai wajaran (weightage) yang besar di dalam Indeks Harga Pengguna. Akhirnya, agenda keselamatan makanan negara semakin terjejas. Import ayam juga akan menyebabkan lebih banyak aliran keluar wang, terutamanya ketika nilai Ringgit yang menyusut.

12.      Ketidakpastian (uncertainty) yang wujud ketika ini di dalam ekonomi ayam negara menambah-buruk permasalahan yang di hadapi oleh penternak ayam. Kerajaan mesti segera membuat keputusan untuk menyelamatkan ekonomi ayam negara.

Oleh:
AA
13 Ogos 2022

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya