HomeEkonomiRM260 juta nilai jualan direkodkan pada MAHA 2022

RM260 juta nilai jualan direkodkan pada MAHA 2022

Read Time:1 Minute, 36 Second

SERDANG : Sebanyak lebih RM260 juta nilai jualan berjaya direkodkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang diadakan selama 11 hari berakhir hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, jumlah itu merangkumi jualan langsung, jualan dalam talian serta padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat pemasar dari luar negara.

Katanya, pemadanan lapan syarikat pemasar itu juga akan membawa hasil serta produk agromakanan tempatan ke pasaran antarabangsa.

“Manakala, potensi pembiayaan yang direkodkan oleh Agrobank pula melibatkan 3,111 permohonan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM503 juta.

“Di samping itu, MAHA kali ini juga telah menyaksikan pemeteraian 33 perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM5.64 bilion. Perjanjian kerjasama ini melibatkan pebagai pihak terdiri daripada pengusaha antarabangsa dan pengusaha tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Ronald berkata, pihaknya berharap agar segala bentuk kerjasama yang telah dimeterai dapat direalisasikan supaya ianya dapat dan terus menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negara.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak lebih 15,000 peluang kerjaya khususnya kepada golongan muda dan graduan dalam sektor agromakanan ditawarkan menerusi Program Jamin Kerja dalam segmen Agro Job Fair.

“Saya gembira melihat kehadiran dan penyertaan ramai anak muda dalam MAHA. Sesungguhnya, penglibatan anak muda ini akan dapat merealisasikan hasrat Kerajaan untuk meremajakan sektor agromakanan negara sekaligus menjamin kesinambungan dan kemajuan sektor ini.

“Angka-angka yang saya sebutkan tadi membuktikan bahawa kita telah berjaya melepasi sasaran-sasaran yang ditetapkan dalam penganjuran MAHA 2022,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak tiga anugerah khas turut disampaikan pada majlis itu sebagai tanda penghargaan kepada agensi dan jabatan serta pempamer terhadap kerjasama dalam menjayakan MAHA 2022.

Tiga anugerah khas itu ialah Anugerah Pavilion Negeri Terbaik, Anugerah Segmen Paling Viral dan Anugerah Jualan Paling Tinggi.

Turut ditampilkan adalah Anugerah Istimewa yang akan diberikan kepada pengunjung MAHA ke 1,100,001 sekaligus memberi kelainan kepada MAHA 2022.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya