‘Dance War’ tumpuan utama Sambutan Bulan Kebangsaan di Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 1 Second

LAHAD DATU : Persembahan Tarian perang atau ‘Dance War’ membuka tirai perjalanan hari keenam Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 di sini semalam.

Ia dipersembahkan oleh 26 anggota dari Batalion 2 Rejimen 516 Askar Wataniah yang turut menjadi tumpuan utama Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang serta Pelancaran KMKM Daerah Lahad Datu.

Sambutan itu dirasmikan Timbalan Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Abd Hakim Gulam Hasan di Kompleks Sukan Lahad Datu.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 45 peserta rombongan Sail Malaysia dari 13 buah negara melibatkan 18 buah kapal dalam pelayaran dari Langkawi ke Tawau.

Turut hadir Pegawai Daerah, Firuz [email protected] Mohd Dzul, Ketua Polis Daerah ACP Dr Rohan Shah Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Sabah Busmin Brahim selaku ketua konvoi.

Dalam majlis berasingan, konvoi KMKM 2022 turut singgah di Sekolah Menengah Sains (SMS) Lahad Datu.

Ketibaan konvoi disambut oleh pengetua, pelajar dan kakitangan SMS Lahad Datu sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang laluan masuk ke sekolah tersebut.

Terdahulu, Konvoi KMKM 2022 yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Sabah, Busmin Brahim singgah di jejantas SK St Dominic untuk memasang 50 helai Jalur Gemilang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.