Malaysia catat 3,045 kes baharu Covid-19, 5 kematian

Read Time:42 Second

CYBERJAYA –Jangkitan Covid-19 merekodkan 3,045 kes baharu dan lima kematian semalam.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 3,040 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,735,547 kes dan 36,085 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 43,431 kes aktif Covid-19, termasuk 72 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 46 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.2% atau 41,759 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 33 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,567 orang atau 3.6% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,226 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,052 kluster, dengan 27 daripadanya masih aktif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.