COVID-19: KK kekal rekod jangkitan tiga angka

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Daerah Kota Kinabalu masih kekal merekodkan jumlah jangkitan baharu tiga angka dengan 111 kes iaitu sebahagian dari 252 kes harian yang dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selain Kota Kinabalu, enam daerah lain mencatatkan kes jangkitan dua angka.

“Keadaan tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam. Faktor yang menyebabkan penurunan jumlah kes harian ialah jumlah sampel ujian yang lebih rendah daripada jumlah sebelumnya.

“Jumlah sampel hari ini ialah 2,154 berbanding 2,281 semalam. Kadar positiviti yang lebih tinggi hari ini (12.30 peratys berbanding 11.88 peratus semalam) tidak banyak mempengaruhi angka jangkitan baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, enam daerah merekodkan dua angka adalah Sandakan 32 kes (+15), Papar 18 kes (+5), Tawau 16 kes (-3), Penampang 14 kes (-11), Putatan 11 kes (-11) dan Tuaran juga 11 kes (-17).

Katanya, Beaufort yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan semalam mencatatkan lapan kes baharu.

“Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu berkurangan kepada tujuh daerah daripada 10 daerah semalam.

“Secara keseluruhan 17 daripada 27 daerah di Sabah kini berada dalam Zon Merah setelah merekodkan kes terkumpul melebihi 40 kes sepanjang tempoh 14 hari,” katanya.

Katanya, sebanyak 249 daripada 252 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta tiga kes dalam Kategori 3.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *