Elon Musk mahu beli Manchester United ?

Read Time:1 Minute, 8 Second

REUTERS

BENGALURU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk dilaporkan mahu membeli kelab bola sepak Manchester United Plc.

Musk, manusia paling kaya di dunia, mempunyai sejarah membuat ciapan yang tidak berkaitan, justeru masih tidak jelas sama ada dia merancang untuk meneruskan urus niaga berkenaan.

“Saya mahu membeli Manchester United terima kasih,” kata Musk dalam satu ciapan di Twitter.

Manchester United adalah salah satu kelab bola sepak yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia.

Kelab itu adalah juara liga di England untuk rekod 20 kali dan telah memenangi Piala Eropah, pertandingan kelab paling berprestij di dunia sebanyak tiga kali.

Kelab itu dikawal oleh keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS), yang tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Kelab bola sepak itu mempunyai permodalan pasaran AS$2.08 bilion (RM9.3 bilion), setakat penutup pasaran saham pada Selasa.

Peminat Manchester United melakukan protes sejak beberapa tahun kebelakangan ini terhadap keluarga Glazer, yang membeli kelab itu pada harga 790 juta pound pada 2005, berikutan prestasi buruk pasukan di atas padang.

Kumpulan anti-Glazer mendapat momentum tahun lalu selepas United terbabit dalam cubaan yang gagal untuk membentuk Liga Super Eropah.

Beberapa penyokong mendesak Musk untuk membeli Manchester United daripada membeli Twitter.

Musk sedang berusaha untuk keluar daripada perjanjian AS$44 bilion bagi membeli syarikat sosial media itu, yang membawanya ke mahkamah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.