KEDAH : Pemain gantian Sabah FC Farhan Roslan berjaya membantu pasukan itu mengutip satu mata di gelanggang lawan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi saingan Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman di sini malam ini.
Sabah FC sebelum itu beraksi begitu konsisten pada awal babak pertama dengan beberapa percubaan dan serangan ke gawang tuan rumah.
Gol yang dicari tuan rumah akhirnya menjelma seawal minit ke-6 menerusi tandukan yang mengelirukan dari Ronald Ngah seterusnya meneruskan Khairul Fahmi Che Mat membolehkan KDA FC mendahului perlawanan 1-0.
Tersentak dengan gol tuan rumah, Sabah FC terus membuat asakan ke gawang KDA FC masing-masing menerusi rembatan Gary Steven Robbat dan Park Taesu pada minit ke-21 dan minit ke-25.
Sebaik babak kedua bermula, Sabah FC hampir mendapat gol penyamaan namun bola yang diterima ketua pasukan Baddrol Baktiar sedikit tersasar keluar ke tepi gawang KDA FC.
Kemasukan Farhan Roslan yang mengantikan Amri Yahyah berjaya membantu Sabah FC menyamakan kedudukan pada ke-84 selepas menolak masuk bola hantaran pemain import Sabah FC Saddil Ramdani menjadikan kedudukan berubah 1-1.
Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Sabah FC kekal ditangga kedua liga dengan mengutip 35 mata manakala KDA FC menduduki tangga keenam dengan mengutip 18 mata.
Sabah FC akan bertemu Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas pada 1 September depan.