HomeUtamaKes Jenayah Indeks Negeri Sabah meningkat 22.06%

Kes Jenayah Indeks Negeri Sabah meningkat 22.06%

Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,429 kes Jenayah Indeks dicatatkan di Negeri Sabah bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2022, berbanding tempoh yang sama tahun 2021 iaitu 1,990 kes.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, kedudukan Jenayah Indeks negeri ini menunjukkan peningkatan sebanyak 22.06 peratus iaitu 439 kes secara keseluruhannya.

Katanya, sebanyak 2,153 kes bagi jenayah harta benda yang menunjukkan peningkatan sebanyak 24.25 peratus (423 kes) dan Jenayah Kekerasan memperlihatkan peningkatan sebanyak 6.15 peratus (16 kes) bagi tempoh Januari hingga Julai 2022.

“Kontinjen Sabah menduduki tangga keempat tertinggi selepas Kontinjen Perak untuk perbandingan Jenayah Indeks bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai 2022/2021. Begitu juga, dari segi penyelesaian kes Sabah menduduki tangga keempat dengan peratusan sebanyak 72.30 peratus daripada 14 kontinjen di dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semasa Majlis Santai Sepetang PDRM Sabah Bersama Media di sini, semalam.

Menurut Idris, jika dibandingkan statistik jenayah indeks bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai Tahun 2019 sebelum COVID-19 dengan tahun 2022 dalam tempoh yang sama terdapat penurunan yang agak ketara iaitu pada tahun 2019, Jenayah Indeks keseluruhannya adalah sebanyak 3,340 kes dan ini menunjukkan penurunan sebanyak -911 kes bersamaan dengan 27.28 peratus.

“Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan terus berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menurunkan kadar jenayah agar masyarakat berasa selamat. Namun, usaha ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang padu dari masyarakat.

“Justeru, PDRM Sabah amat mengalu-alukan masyarakat dalam menyalurkan apa jua maklumat dan aktiviti yang meragukan dalam menjaga keamanan negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya