Polis buru beberapa individu terlibat kes curi pecah masuk di sekitar KK

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu sedang giat mengesan dua suspek disyaki terlibat dengan kes kecurian di Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.

Menurut jurucakap polis dalam kenyataan media semalam, perbuatan dua suspek lelaki itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah premis gadget di Pusat Beli Belah, Suria Sabah kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu.

“Lebih kurang jam 2 petang bertempat di XIAOMI Store, Pusat Beli Belah Suria Sabah, Kota Kinabalu, pengadu baru menyedari kehilangan barang perniagaan iaitu earphone.

“Melalui semakan CCTV ianya telah dicuri oleh dua individu tidak dikenali pada 12 Ogos lalu. Anggaran kerugian didapati lebih kurang RM1,098 manakala suspek tidak dikenalpasti,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 380 Kanun Kesiksaan.

Sementara itu dua lagi kes dilaporkan pada 15 Ogos lalu di lokasi yang berlainan kawasan Daerah Kota Kinabalu, iaitu pada 15 Ogos 2022 lebih kurang Jam 6.30 pagi di lot parkir awam berhampiran Hotel 1 City, Jalan Segama, Kota Kinabalu, pengadu melaporkan keretanya telah dipecah masuk oleh individu tidak dikenalpasti.

“Hasil pemeriksaan mendapati seunit komputer riba telah hilang. Kerugian lebih kurang RM1,500.00. Kes disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Kesiksaan,” katanya.

Manakala satu kes pecah masuk dilaporkan pada 15 Ogod 2022, lebih kurang jam 9.00 pagi di premis perniagaan Sri Samakayah Sdn Bhd, Alamesra, Kota Kinabalu, pengadu melaporkan premis perniagaan telah dipecah masuk individu yang tidak dikenalpasti.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kehilangan seunit komputer riba, sebuah peti sejuk, sebuah mesin pencetak, peralatan tulis dan makanan ringan,” katanya.

Anggaran kerugian lebih kurang RM10,000.00. Kes di siasat di bawah seksyen 457 Kanun Kesiksaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *