HomeUtamaHayati nilai kemerdekaan - Fairuz

Hayati nilai kemerdekaan – Fairuz

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA BELUD : Generasi muda diseru untuk menghayati nilai kemerdekaan yang telah dikecapi negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata, kemerdekaan hari ini adalah hasil pengorbanan pejuang dan pemimpin terdahulu.

“Penting untuk kita tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri anak-anak muda dan antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan pelbagai program-program kemerdekaan melibatkan golongan belia.

“Program seperti konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 ini bukan sahaja mengembalikan semangat kita sebagai rakyat Malaysia tetapi memperlihatkan kepada anak-anak muda bahawa program-program seumpama ini tidak hanya singgah di bandar-bandar besar, tetapi turut singgah di kawasan-kawasan kampung.

“DUN Pintasan juga mengadakan beberapa aktiviti antaranya penyerahan bendera kepada ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk dikibarkan di sekitar kawasan kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan persinggahan konvoi KMKM 2022 di DUN Pintasan di sini hari ini.

Fairuz yang merupakan Ketua Armada Bersatu Sabah berkata, beliau turut meminta kepada ketua-ketua Armada negeri di 25 daerah dan setiap bahagian untuk mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat.

“Armada juga menganjurkan pelbagai program dan aktiviti untuk menanamkan rasa cinta kepada negara terutama kepada golongan belia,” katanya.

Konvoi KMKM 2022 menjelajah lebih 2,100km mengelilingi Sabah hampir sampai ke kemuncaknya dan akan berakhir di Kota Kinabalu, esok.

RELATED ARTICLES
Utama

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya