HomeUtama21,745 golongan miskin tegar direkodkan di Sabah, akan terus dibantu menerusi...

21,745 golongan miskin tegar direkodkan di Sabah, akan terus dibantu menerusi pelbagai program

Read Time:1 Minute, 24 Second

TAMPARULI : Kerajaan negeri akan terus melaksanakan dan mencari inisiatif baharu bagi membantu serta membela nasib rakyat khususnya golongan B40 untuk keluar dari garis kemiskinan menerusi pelbagai program yang dilaksanakan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, pada masa ini sejumlah 21,745 golongan miskin tegar direkodkan di Sabah dan jumlah itu perlu dikurangkan dengan kadar segera.

Katanya, antara program dilaksanakan bagi membantu golongan ini termasuklah penganjuran kursus yang boleh membantu masyarakat mendapat ilmu dan bantuan permulaan bagi mencapai sasaran ‘impak maksima kos minima’.

“Pada hari ini (semalam) saya telah merasmikan penutupan kursus Sacha Inchi yang pertama yang dianjurkan Kementerian saya dan seramai 150 peserta turut menerima 10 bibit Sacha Inchi dan 20 biji benih secara percuma untuk mereka tanam dan usahakan di tanah mereka sendiri.

“Menerusi kursus ini juga mereka diberi pendedahan mengenai produk kerana kita yakin ini adalah cara yang tidak mahal tetapi mempunyai kesan yang boleh membantu untuk mencapai matlamat Kerajaan bagi membasmi kemiskinan, penjagaan tidak sukar namun pasarannya juga telah wujud,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penanaman Sacha Inchi, anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, di Dewan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, di sini semalam.

Jahid berkata, inisiatif penanaman Sacha Inchi itu juga dijangka akan dapat pulangan hasil pendapatan hampir RM1,500 sebulan selepas proses penanaman dalam tempoh sembilan bulan Dari sekarang.

“Jika ada peserta kursus yang berhasil untuk menambah pendapatan mereka dengan penanaman Sacha Inchi ini maka kita boleh anggap mereka telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat berdasarkan jumlah yang direkodkan setakat ini.

“Justeru, saya amat mengharapkan segala ilmu mengenai Sacha Inchi ini akan dapat dimanfaatkan oleh para peserta,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya