HomeUtamaSCENES Centre ke-28 Dunia di Sandakan

SCENES Centre ke-28 Dunia di Sandakan

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Pusat Kecemerlangan Alam Semula Jadi, Alam Sekitar dan Kelestarian Pengakap (SCENES Centre) Sandakan menjadi SCENES Centre ke-28 di dunia.

Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS), Datuk Dr. Awang Zaini Suntim berkata, SCENES Centre berkenaan juga merupakan yang ketiga di Asia Pasifik dan yang pertama di Malaysia.

“Pemilihan dan pembukaan SCENES Centre ini adalah bertujuan memberi pendedahan, maklumat dan latihan kepada ahli-ahli pengakap di serata dunia berkaitan dengan kajian, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hujan dan alam sekitar negeri ini.

“SCENES Centre Sandakan dipilih kerana terdapat lebih dari tujuh kemudahan pusat penyelidikan yang terdapat di daerah ini dan ia bertepatan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Awang Zaini berkata, pihaknya berharap dengan adanya SCENES Centre ini akan dapat memberi lebih banyak pendedahan berkaitan hutan hujan selain pertukaran maklumat dan teknologi berkaitan alam sekitar antara ahli pengakap serata dunia.

Beliau turut berkata, selain memaklumkan beberapa program akan dilaksanakan PPMCS pada tahun ini, kunjungan tersebut juga bertujuan untuk menjemput Tun Juhar merasmikan SCENES Centre Sandakan.

“SCENES Centre yang berpusat di Gilwell Scouts Nature Park, Sandakan dijangka akan dirasmikan dalam tahun ini dan kami berbesar hati menjemput Tun Juhar untuk merasmikan pusat berkenaan.

“Pada dasarnya Tun Juhar bersetuju untuk hadir dan kami serahkan kepada pihak istana untuk tentukan tarikh yang sesuai berdasarkan jadual kelapangan Tun Juhar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya