HomeUtamaKastam Sabah rampas empat buah kontena seludup minuman keras

Kastam Sabah rampas empat buah kontena seludup minuman keras

Read Time:2 Minute, 22 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pasukan Penguatkuasaan daripada Cawangan Operasi Kota Kinabalu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar telah berjaya menahan empat buah kontena berisi minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk dengan anggaran jumlah nilai harga RM278,064.53, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM1,136,413.04.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah, Cheong Yu Min berkata, JKDM sentiasa komited dalam menangani sebarang aktiviti yang melibatkan penyeludupan minuman keras.

Katanya, terdapat empat kes membabitkan penyeludupan minuman keras ditumpaskan Pasukan JKDM pada minggu lalu iaitu kes pertama pada 11 Ogos 2022, lebih kurang 9.45 pagi, bertindak berdasarkan penemuan imej imbasan mesin pengimbas yang meragukan, Pasukan Penguatkuasaan, Cawangan Operasi Kota Kinabalu telah membuat penahanan terhadap sebuah kontena berisi minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kontena yang ditahan tersebut mendapati sejumlah lebih kurang 18,236 liter minuman keras yang disyaki tak berkastam dengan anggaran nilai harga sebanyak RM69,458.88, manakala anggaran duti dan cukai sebanyak RM284,139.95.

“Manakala kes kedua, pada 16 Ogos 2022, lebih kurang 9.05 pagi, sekali lagi bertindak berdasarkan penemuan imej imbasan mesin pengimbas yang meragukan, Pasukan Penguatkuasaan, Cawangan Operasi Kota Kinabalu telah membuat penahanan dan pemeriksaan terhadap dua buah kontena di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu kerana disyaki cuba menyeludup masuk minuman keras dari pelbagai jenama.

“Hasil pemeriksaan lanjut tersebut mendapati kedua-dua buah kontena tersebut mengandungi minuman keras pelbagai jenama. Anggaran nilai harga bagi kedua dua kontena yang berisi minuman keras pelbagai jenama tersebut adalah sebanyak RM145,570.37 dan anggaran duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM594,410.86,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara kes ketiga, Yu Min berkata, pada 17 Ogos 2022, lebih kurang jam 11.10 pagi. Pasukan penguatkuasa, Cawangan Operasi Kota Kinabalu JKDM telah menahan dua kontena yang berisi minuman keras pelbagai jenama tersebut adalah sebanyak RM145,570.37 dan anggaran duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM594,410.86.

“Seterusnya, pada 17 Ogos 2022, lebih kurang jam 11.10 pagi, Pasukan Penguatkuasaan, Cawangan Operasi Kota Kinabalu JKDM Sabah sekali lagi membuat penahanan terhadap sebuah kontena yang disyaki digunakan untuk menyeludup masuk minuman keras di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Berdasarkan pemeriksaan lanjut yang dijalankan, sejumlah 16,632 liter minuman keras ditemui dengan anggaran nilai harga sebanyak RM63,035.28 dan anggaran duti dan cukai terlibat sebanyak RM257,862.53,” jelasnya.

Menurut Yu Min, modus operandi bagi ketiga-tiga kes ini adalah mengikrar dagangan import dengan barang lain dengan tujuan menyeludup bagi mengaburi pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (a) Akta Kastam 1967.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular