HomeUtamaMedia sosial tarik minat golongan muda sambut Bulan Kebangsaan

Media sosial tarik minat golongan muda sambut Bulan Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 36 Second

TUARAN: Penggunaan aplikasi media sosial khususnya dikalangan golongan muda mampu menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Pembantu Menteri Kewangan, Jasni Daya berkata, program dan kempen melalui media sosial perlu diperhebatkan bagi meningkatkan lagi semangat golongan muda bagi mengimarahkan program berkenaan.

“Kita perlu memperbanyakkan program luar mendekati kelompok ini dan menambah pengetahuan asas apa yang perlu dilakukan demi negara dan negeri Sabah.

Sesi pelepasan Konvoi KMKM 2022 peringkat Daerah Tuaran

“Usaha memanfaatkan media massa digital perlu ada jika tidak ingin ketinggalan, sekaligus memenuhi keperluan belia menyertai program bersifat patriotik,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 Peringkat Daerah Tuaran di Astaka Padang Pekan Tuaran di sini semalam.

Dalam pada itu, di Putatan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, Jalur Gemilang adalah simbol kemegahan dan kedaulatan sesebuah negara yang merdeka. 

 FLAG OFF…Diiringi Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim (dua dari kanan) dan Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Nordin Seman (kanan) membuat flag off atau pelepasan Konvoi KMKM 2022.

“Hargai kemerdekaan dengan mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara kita.  Jangan mengambil mudah perihal menjaga martabat identiti dan imej negara dan sama-samalah kita memelihara perpaduan sebagai sebuah Keluarga Besar Malaysia.

“Hormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara, sekiranya ternampak Jalur Gemilang yang telah lusuh atau koyak, ambillah inisiatif untuk menukarnya. Mana-mana Jalur Gemilang yang jatuh ditiup angin, kembalikan ke posisi asal kerana Jalur Gemilang adalah simbol kebangaan dan kemerdekaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Konvoi KMKM 2022 Peringkat Daerah Putatan,  di sini hari ini.

Beliau yang diiringi Pemangku Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa turut menyempurnakan acara pelepasan konvoi berkenaan di Dewan Sri Putatan.

Penjelajahan Konvoi KMKM 2022 pada hari terakhir itu bergerak ke Pekan Tanjung Aru, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) sebelum ke Salut Commercial Center dekat Sepanggar untuk majlis penangguhan. – Penerangan.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya