HomeIsu tempatanMayat mangsa terjun dari jambatan Sungai Petagas dijumpai

Mayat mangsa terjun dari jambatan Sungai Petagas dijumpai

Read Time:47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Mayat seorang mangsa lelaki dipercayai terjun dari jambatan Sungai Petagas dekat sini telah dijumpai oleh pasukan Bomba pada jam 3.51 petang tadi.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Bilik Kawalan Balai Bomba Penampang terima panggilan kecemasan pada jam 1.42 petang tadi (20 Ogos 2022) mengenai mangsa dikhuatiri lemas di lokasi Jambatan Sungai Petagas.

“Menurut pemanggil, mangsa seorang lelaki dipercayai telah terjun ke dalam sungai tersebut.

“Seterusnya operasi pencarian di sekitar kawasan lokasi mangsa dipercayai terjun dijalankan oleh pasukan Bomba dibantu oleh unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Pada jam 3.51 petang tadi, pasukan Bomba berjaya menemui mangsa pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjun. Mangsa yang dikenali sebagai Ismail Zainal berusia 31 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 4.05 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular