HomeUtamaSyazrul & Rafidah johan pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Sabah 2022

Syazrul & Rafidah johan pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Sabah 2022

Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Lagu “Hanya Dikau” dan “Bila Larut Malam” membawa tuah kepada peserta dari Beaufort, Mohd Syazrul Nizam Matusin, 33, dan peserta dari Sandakan, Rafidah Asgali, 34, setelah kedua-duanya dinobatkan menjadi juara dalam pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Sabah 2022.

Pertandingan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik telah berlangsung di pusat membeli belah Palm Square, Centre Point, di sini hari ini.(20 Ogos)

Selaku juara, Syazrul membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,500 beserta piala iringan dan sijil manakala Johan Kategori Wanita, Rafidah membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala iringan dan sijil.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Kejuruteraan TV) Ts. Cyril Simon.

Dalam pada itu, Syazrul tidak menyangka beliau menjuarai pertandingan itu kerana beliau kurang sihat dan mengalami sakit tonsil.

“Saya tidak sangka menjuarai pertandingan peringkat Zon Sabah ini kerana saya sedang mengalami sakit tonsil, syukur alhamdulillah, saya akan buat yang terbaik lagi ke peringkat Kebangsaan pertandingan sama yang akan berlangsung di Sarawak nanti,'” katanya.

Manakala Rafidah selaku juara Kategori Wanita pula meluahkan perasaan bercampur gembira dan sedih kerana beliau juga tidak menyangka menjadi wakil Zon Sabah ke peringkat Kebangsaan setelah empat kali menyertai pertandingan sama pada tahun-tahun sebelum ini tetapi baru kali ini menjadi juara.

“Saya berasa sangat terkejut dan amat gembira bila diumumkan saya johan di peringkat ini, dalam masa yang sama saya juga berasa sedih kerana saya menjadi harapan keluarga untuk bantu suami mencari rezeki buat menyara empat orang anak kami yang masih kecil, sebab itu saya kena berusaha lebih lagi untuk meraih kemenangan ke peringkat Kebangsaan nanti,” katanya.

Rafidah yang juga peminat tegar lagu-lagu bintang lagenda P. Ramlee dan Saloma sejak dibangku sekolah lagi bercita-cita ingin menjadi seorang artis yang berjaya dalam menyampaikan sekaligus mempopularkan kembali lagu-lagu lama bintang lagenda yang diminatinya itu.

“Saya mahu mendendangkan lagu-lagu lama dari bintang-bintang lagenda tanah air supaya ia kembali segar selaras dengan tema pertandingan “Sepanjang Zaman” dan dapat memperkenalkan lagu-lagu ini kepada generasi muda kita, itu adalah impian saya sebenar,” ujarnya.

Syazrul dan Rafidah akan mewakili Zon Sabah ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada Oktober depan.

Peserta yang berjaya masuk ke Pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Sabah selain Syazrul dan Rafidah ialah Mohd. Soufe Hassan (Wilayah Persekutuan Labuan) dan Mohd. Safry Maidin (Tawau) manakala kategori wanita terdiri daripada Roziana Kamis (Wilayah Persekutuan Labuan) dan Maizatul Asfa Marzuki (Membakut).

Penganjuran pertandingan dwi tahunan (dua tahun sekali) itu adalah bertujuan mencungkil bakat peserta yang berkebolehan meniru suara dan gaya nyanyian seniman agung Tan Sri P. Ramlee, khususnya peserta yang berusia 18 tahun hingga 45 tahun di seluruh Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya