HomeUtamaRokok tidak berkastam bernilai RM2 juta dirampas

Rokok tidak berkastam bernilai RM2 juta dirampas

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menahan sebuah lori tiga tan yang disyaki berisi rokok yang tidak berkastam jumlah nilai berserta duti dan cukai yang terlibat adalah dianggarkan sebanyak RM1,999,371.00.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah, Cheong Yu Min berkata, pada 20 Ogos 2022, lebih kurang 3.40 petang, bertindak berdasarkan maklumat awam dan risikan, Pasukan Penguatkuasaan, Cawangan Operasi Kota Kinabalu JKDM Sabah telah membuat penahanan dan tangkapan ke atas sebuah lori tiga tan yang disyaki membawa barang-barang tidak berkastam di Jalan Lama Penampang – Papar ( Pan Borneo Highway).

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori yang ditahan mendapati, bahawa dianggarkan sebanyak 100,500 bekas rokok pelbagai jenama yang disyaki barang-barang tidak berkastam ditemui dengan anggaran nilai harga sebanyak RM139,100.00 serta anggaran duti dan cukai yang terlibat sebanyak RM1,860,272.00, manakala lori tiga tan yang turut ditahan dianggarkan bernilai RM25,000.00,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan, Sepanggar dekat sini hari ini.

Dalam operasi itu, Yu Min berkata, dua orang yang disyaki iaitu lelaki warganegara tempatan yang berusia dalam lingkungan 26 dan 62 tahun turut ditahan bagi tujuan siasatan lanjut.

Menurutnya, modus operandi bagi kes ini adalah mengangkut barang-barang tidak berkastam dengan menggunakan lori tiga tan jenis bonded truck (lori kotak) bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. Jikasabit kesalahan, kesalahan pertama didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barang atau seratus ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali ganda nilai barang atau lima ratus ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Yu Min menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam
yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular