HomeUtama5 negeri diramal alami cuaca buruk petang ini 

5 negeri diramal alami cuaca buruk petang ini 

Read Time:40 Second

CYBERJAYA — Cuaca tidak menentu dijangka melanda Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu pemakluman di Facebook berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan Bera, Pekan dan Rompin di Pahang sementara Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Turut menerima amaran cuaca buruk adalah Melaka, Johor yang melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Sebahagian besar Sabah juga dijangka mengalami cuaca buruk iaitu Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau, Tawau, Lahad Datu, Tongod, Kinabatangan dan Sandakan.

“Amaran cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku sehingga 6 petang ini,” menurut MetMalaysia.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya