HomeUtamaKPLB Sabah timbang cadangan semak semula kadar pembayaran lesen perniagaan

KPLB Sabah timbang cadangan semak semula kadar pembayaran lesen perniagaan

Read Time:1 Minute, 17 Second

SEMPORNA : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan menimbang cadangan untuk menyemak semula kadar pembayaran lesen perniagaan di negeri ini.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, cadangan itu dilihat praktikal dan relevan selain menepati masa berikutan ordinan perlesenan di negeri ini masih lagi belum dibuat pindaan.

“Apabila Pegawai Daerah Semporna membangkitkan cadangan ini, tentu sekali ianya sangat bermanfaat dari segala-galanya.

“Masa juga telah berubah dan jumlah serta kadar pembayaran perlesenan itu juga dilihat terkebelakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah kali ke-25 di sini hari ini.

Jahid berkata, cadangan itu juga dilihat mempunyai merit dan pihaknya akan menimbang untuk dibawa kepada jemaah menteri Kabinet Sabah untuk dibentangkan.

“Sekiranya perlu dibawa kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah,maka kita akan bawa ke DUN selepas ianya dibentangkan dalam sidang mesyuarat jemaah Kabinet,” katanya.

Pada ketika ini, kadar bayaran perlesenan bagi setiap daerah di seluruh Sabah adalah RM25 bagi setiap lesen dan dicadangkan untuk dinaikkan kepada RM50 bagi tempoh setahun.

Dalam perkembangan lain, Jahid berkata, persidangan itu juga turut mendapatkan pendapat dan cadangan dari pihak pentadbiran daerah khususnya Pegawai Daerah bagi mencari jalan untuk memastikan program pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Selain itu juga dalam persidangan ini, pihak Kementerian telah berkongsi dengan pentadbiran daerah bagaimana sistem Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ini dapat dibuat lebih sistematik.

“Ini termasuklah dari pelantikan, pembayaran elaun dan perkara-perkara berkaitan dapat dibuat secara sistematik cepat dan tepat. Ini bagi memastikan sistem JPKK terpelihara selain kebajikan dan pelaksanaan tugas turut terbimbing,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya