SABATI,YNJ santuni anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KUCHING : Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyantuni anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib dekat Petrajaya di sini semalam.

Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Tun Juhar berkata, dengan sumbangan tersebut dapat memberi sedikit kegembiraan di hati para penghuni institusi berkenaan.

“Pada hari ini (semalam), Penaung Yayasan Nur Jauhar iaitu Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 90 pelajar di sini.

“Esok (hari ini) kita dijadualkan berada di Pusat Jantung Sarawak dengan agenda sama iaitu untuk menyampaikan sumbangan dan menyantuni para pesakit,” ujarnya kepada media di sini semalam.

Beliau yang juga Komander Rejimen 507 Askar Wataniah berharap lawatan berkenaan dapat mengeratkan silaturahim di antara Sabah dan Sarawak, di samping mewujudkan kerjasama yang lebih mantap dalam pelbagai bidang.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah yang diiringi Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Julia Salag serta Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang menanam pokok bunga di halaman kompleks berkenaan sebelum menyampaikan sumbangan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah ahli-ahli Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) serta ahli-ahli SABATI.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *