HomeUtamaJahid dilaporkan stabil, terima rawatan lanjut di HQE 1

Jahid dilaporkan stabil, terima rawatan lanjut di HQE 1

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim yang dilaporkan tidak sihat ketika menghadiri satu majlis di Kampung Mangkapon Pitas pagi tadi kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Akhbar, Joanes Robert Johnny berkata, Jahid kini telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 untuk rawatan lanjut selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital daerah Pitas.

“Ketika beliau berucap pada Majlis Penyerahan Sistem Bekalan Air di bawah program MEKAR Sabah@Pitas oleh Yayasan Petronas pagi tadi, kami dapati beliau agak kurang sihat dan kami meminta untuk beliau berhenti seterusnya berehat.

“Sejurus selepas itu, kami membawa YB Menteri ke Hospital Pitas untuk rawatan.  Untuk makluman sekitar jam 4.15 petang tadi, pihak doktor telah memaklumkan bahawa keadaan beliau (Jahid) berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Joanes berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas doa yang diberikan kepada Jahid.

“Kita percaya semangat YB Menteri sangat kuat.  Justeru, doa kalian agar urusan-urusan perubatan beliau amatlah diperlukan. Kita harap semua bersabar dan menantikan keputusan daripada pihak perubatan.

“Diharapkan juga agar kita tidak membuat sebarang spekulasi atau membuat sebarang hantaran khususnya gambar-gambar beliau di media sosial melainkan berharap agar semuanya dalam keadaan baik sahaja,” katanya.

Terdahulu, Jahid menghadiri Majlis Penyerahan Sistem Bekalan Air di bawah program MEKAR Sabah@Pitas oleh Yayasan Petronas di Dewan Serbaguna Mangkapon Darat, Pitas pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya