HomeEkonomiKini lobster bukan hanya makanan golongan 'kayangan' tapi semua lapisan masyarakat mampu...

Kini lobster bukan hanya makanan golongan ‘kayangan’ tapi semua lapisan masyarakat mampu menikmatinya – Lisa

Read Time:2 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Lobster atau Udang Kara adalah hidangan makanan yang paling enak tetapi mahal harganya malah ia juga sering dikaitkan makanan hanya untuk golongan berada sahaja.

Pengarah Operasi LB-G Crayfish Aquaculture, Lisa Marie Peter berkata, kini lobster bukan hanya hidangan untuk golongan ‘kayangan’ tetapi semua lapisan masyarakat mampu dan boleh menikmatinya setiap hari tanpa memikirkan soal darjat kaya atau miskin.

Pengarah Operasi LB-G Crayfish Aquaculture, Lisa Marie Peter

“Ini adalah kenyataan kerana LB-G Crayfish Aquaculture menawarkan kursus menternak lobster air tawar yang terbaik untuk para peserta, yang mana para peserta bukan sahaja dapat menjana pendapatan hasil dari menternak lobster tetapi ada juga yang menternak untuk kegunaan sendiri atau makanan harian keluarga mereka.

“Program kursus tersebut adalah sangat berbaloi dan yurannya juga adalah sangat berpatutan kerana banyak manfaat yang kami berikan kepada peserta, kami ajar cara menternakpun sangat mudah malah kos penternakan juga sangat berpatutan,” katanya semasa ditemui Sabah Media selepas majlis penyampaian sijil peserta Kursus Penternakan Lobster di LB-G Crayfish Aquaculture, Putatan, hari ini.

Katanya, sungguhpun lobster air tawar saiznya kecil dari lobster laut tetapi khasiat lobster air tawar sangat bagus untuk tubuh manusia.

“Lobster air tawar boleh dijadikan hidangan harian kerana ia kurang kolestrol, isinya manis dan segar walaupun dimasak tanpa sebarang perisa makanan,” jelasnya.

LB-G Crayfish Aquaculture yang mula beroperasi pada 2016 dalam perniagaan penternakan lobster air tawar berjaya menarik ramai peserta untuk menjalankan kursus sehari dan melatih mereka cara-cara menternak lobster air tawar.

“Hari ini, seramai 35 peserta tamat kursus menerima sijil penyertaan mereka, kursus ini diadakan sekali dalam sebulan, yang mana kami lebih fokus para peserta menjalankan kursus di pusat penternakan (farm) lobster kami sendiri, dengan itu mereka boleh memegang, merasa dan membuat praktikal berbanding mengadakan kursus dalam dewan tertutup, peserta kursus tidak akan dapat mengalami cara penternakan lobster secara nyata,” katanya.

Aftar merakamkan gambar bersama peserta dan kakitangan LB-G Crayfish Aquaculture.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh pegawai kanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) Aftar Nurajat mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

Menurut Lisa, lebih 50 peratus kejayaan peserta dari tahun 2016 hingga sekarang telah berjaya menternak dan mendapat pendapatan sampingan untuk keluarga.

“Permintaan sangat menggalakkan, sayangnya stok bekalan lobster air tawar ini sangat kurang, itulah sebabnya kami terus mengadakan kursus sebegini sebulan sekali untuk menarik lebih ramai lagi pengusaha lobster air tawar di negeri ini.

Lizio (kiri) menunjukkan lobster air tawar yang sudah matang kepada Aftar.

Sementara, Pengarah Urusan LB-G Crayfish Aquaculture Lizio Godfrey Mosigil berkata, lobster air tawar yang matang iaitu kira-kira tujuh inci besar boleh mencecah RM150 per kilogram untuk pasaran dalam Sabah.

“Cara menternak lobster ini sangat mudah, ramai peserta kami berjaya menghasilkan lobster yang berkualiti setelah mengikuti kursus ini.

“Kami tidak akan meninggalkan mereka (peserta) sendirian setelah tamat kursus, kami akan tetap berhubung dengan mereka sehingga mereka betul-betul faham dan boleh bergerak sendiri untuk menghasilkan produk lobster mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS raih penganugerahan sijil pematuhan SAGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular