HomeUtamaBelum pun setahun, Roti Gardenia naik harga lagi

Belum pun setahun, Roti Gardenia naik harga lagi

Read Time:1 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

Perkara itu diumumkan menerusi surat perubahan harga produk roti Gardenia dihantar kepada peruncit, yang ketika ini sedang tular di media sosial.

pemakluman mengenai kenaikan harga roti gardenia

Menerusi surat tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, kenaikan itu berlaku berikutan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produk keluaran syarikat terbabit.

Menurut beliau, pihaknya sedaya upaya tidak mahu menaikkan harga produk Gardenia, namun peningkatan bahan mentah tidak mengizinkan syarikat itu berbuat demikian.

“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

“Kami akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk di tahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna kami,” katanya menerusi surat tersebut.

Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30 selepas mengalami kenaikan 30 sen.

Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.

Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.

Perubahan itu bermakna kenaikan harga roti jenama Gardenia berlaku dalam tempoh kurang setahun, selepas mengumumkan semakan harga 1 Disember tahun lalu.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Gardenia dan menyifatkan, tidak seharusnya syarikat tersebut menaikkan harga di saat pelbagai pihak sedang berada di fasa pemulihan akibat daripada kesan pandemik COVID-19.

“Pening den oii… tiap hujung bulan ada sahaja barang naik. (Mungkin) bukan depan harga belacan pula naik,” kata @Reizki, sinis.

“Berita gembira buat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang sangat membantu rakyat dengan menjangkakan harga akan naik,” ciap pula @The Cool Guys di Twitter.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya